Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”
Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak pandir ingin pergi ke kedai untuk membeli tv warna..
pak pandir: awak ada jual tv warna?
penjual: ada.
pak pandir: kasi saya tv warna hijau.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dijadikan cerita............
suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang
kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.. entah macam
mana.. di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang
masih panas..
tapi dia tu ...masih konpius sama ada betul
ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.. oleh
kerana kemusykilan yang teramat sangat tu... pak
pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan..
Pak pandir menghampirkan matanye ke taik
tersebut...lalu dia
berkata.."bentuk macam taik"..
lepas tu dia pegang pulak taik tu.. lalu dia
berkata..
"lembik...macam taik"
lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu... lepas
tu dia berkata..
"bau macam taik"..
oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan
taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit
taik tersebut...sebaik
sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun
menjerit...
"MEMANG TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK"

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:
“Panasnya dalam helikopter ini …”.
Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”
Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”
Tanya pegawai kesihatan:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”
Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu.
“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”
Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”
Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …..
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?
Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.
Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.
Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”
Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?" Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".
No comments:
Post a Comment