Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha di Kampung

17 Nov 2010.. Sambutan Aidil Adha di Kampung Batu Satu.. 2 ekor lembu sahaja dikorbankan di kampung ini.. suasana agak meriah.. satu kampung turun untuk meraikan nya.. termasuk aku.. sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku pilih yang ada muka aku je... hehe

 satu dah tumbang..

 aktiviti melapah...

 kulit da tanggal...

 rusuk lembu... berat woo... mau 40 ke 50 kilo ni..

 sekadar pandang...

 ade teknik tu nak lapah.. bukan main sebat je..

 aktiviti potong kaki.. hehe..

potong2 dan agihkan kepada penduduk kampung... selesai aktiviti korban pada jam 4 pm.. memang penat.. tapi tak pe.. pengalaman.. belajar.. mana tau satu hari nti.. aku plak yang menyembelih lembu.. so.. kena ambil peluang untuk belajar teknik2 menyembelih dan melapah lembu... kena ada teknik tu.. bukan macam sembelih ayam.. apa2 pun.. SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA... 

Monday, November 15, 2010

ulu bendul 2010

15 Nov 2010, tak tahu apa yang hendak dilakukan di rumah, akhirnya kami bercadang untuk pergi ke hutan lipur ULU BENDUL.. mandi sungai.. kami berlima, aku, sabri, ejat, epul dan razi.. cadangan untuk mendaki gunung ANGSI.. tetapi hajat untuk mendaki tak kesampaian.. sebabnya tak dapat kebenaran dari ranger hutan.. kata nya dah lewat.. takut terjadi keadaan yang tak diingini..  kalau nak naik juga.. kena naik sebelum jam 9 pagi.. jadi.. kami sekadar bermain di pinggiran iaitu... TERJUN SUNGAI !!!!

letak beg dulu..

nampak cetek.. tapi bila terjun.. aku yang galah pun tenggelam..

hijau bumi tuhan.. relax.. sejuk.. tenang..

apa benda yang nak di makan ??

aktivti memasak..

siap.. santapan.. nasi + telur + sardin + air milo + sumi

ejat dan topi yang tidak dapat dipisahkan..

perenang dan topinya.. hebat..

BUNSHINN NO JUTSU !!!

......................????????

yang penting gaya.. dari kiri baju askar.. sabri, aku, epul, razi, ejat..
lepas ni.. kalau ada rezeki.. dan kalau ada masa.. cadangan setakat ini.. mendaki gunung.. gunung apa? belum ditentukan lagi.. mudah-mudahan jadi.. amin... 

Friday, November 12, 2010

coca cola lagi

Pernahkah anda makan mentos... lepas tu... minum coca cola... ( jangan try dulu... baca ni dulu )...




Tentang Coca-Cola:


Ada sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah universiti di New Delhi iaitu meminum coca-cola paling banyak. Dalam pertandingan tersebut pemenangnya berjaya meminum 8 botol dan dia akhirnya mati karana terlebih karbondioksida dalam darah dan kekurangan oksigen. Setelah itu, rector universiti berkenaan mengharamkan semua minuman ringan di semua kantin universiti.

Apabila Mentos + Coca-Cola (atau yang sama waktu dengannya):

Seorang kanak - kanak di Brazil mati selepas makan gula-gula mentos ( mengandungi mentol ) dan minum bersama Coca-Cola / Pepsi. Terdapat juga kes-kes lain. Mengapakah hal ini terjadi? Bahan mentol akan bertindakbalas dengan cepat apabila dicampurkan dengan air berkabonat Coca-cola / Pepsi dan menghasilkan gas yang banyak. Kandungan gas yang bertambah secara mendadak akan menyebabkan perut mengembung secara mengejut dan menyempitkan ruang pernafasan paru-paru. Mangsa mungkin akan mengalami sesak nafas kerana ruang paru-paru tidak boleh mngembang. Jika ini berlaku dalam tempoh yang panjang ( lebih dari 5 minit ) , boleh menyebabkan kematian!

kegunaan coca cola..


"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

(Illuminati?) Arabic Coca Cola Logo Message

tak tahu la betul atau tak... anda saksikan sendiri... antara yang terkandung dalam logo coca cola..




Wednesday, November 10, 2010

Jadual final Exam

Assalamualaikum... ini lah jadual untuk final segala final exam selama berada di USIM ni.. harap2 tak berulang lagi peristiwa lepas.. nak exam.. eksiden pulak.. dah eksiden.. patah tangan pulak tu... tangan apa.. tangan kanan... mintak2 jauh kan perkara camtu... huhuhu... 

jadual exam



Tuesday, November 9, 2010

Soldier homecoming surprise

Kebanyakan tentera pergi berperang dan mereka telah meninggalkan keluarga dan orang yang mereka sayang dalam tempoh yang agak lama, apabila misi selesai, mereka pulang ke rumah secara mengejut dan inilah yang berlaku.. agak touching tengok video ini...