Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan, esok adalah suatu penantian...
Showing posts with label Suka-Suki. Show all posts
Showing posts with label Suka-Suki. Show all posts
Monday, March 28, 2011
Friday, March 25, 2011
Ruang Hati
Orang kata " Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati kita tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Friday, January 14, 2011
bagiku tentang kebahagiaan
Kebahagiaan bukan untuk di cari..
Dan tak salah untuk mencari kebahagiaan..
Namun..
Apabila kita bersyukur dengan apa yang diterima..
Itulah KEBAHAGIAAN yang sesungguhnya..
Tuesday, January 11, 2011
Seminggu berlalu-- LATIHAN INDUSTRI
3hb Januari 2011.. aku lapor diri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk latihan industri atau pun dengan bahasa biasa nya "Praktikal".. Mula-mula aku rasa agak kekok.. kaku.. termangu-mangu.. melopong-lopong.. blur.. tapi alhamdulillah makin hari aku dapat membiasakan diri.. maklumlah.. orang baru.. praktikal pulak tu.. huhu.. tapi ape-ape pun.. banyak la benda baru yang aku belajar dan akan belajar tentang pentadbiran institusi dan situasi sebenar dalam alam pekerjaan..
Dan setiap hari terpaksalah mendisplinkan diri untuk bangun awal.. masuk kerja 8am.. balik kul 5pm.. penat yang amat.. dan itu lah yang berlaku setiap hari sehinggalah pertengahan bulan 5.. *_*
......................................
Sunday, December 5, 2010
Auto Show di Putrajaya
5 DEC 2010.. boring teramat sangat.. kepala serabut.. walaupun dah habis exam.. bertiga.. aku, ejat dan mer.. pergi ke putrajaya.. auto show.. walaupun tak banyak kereta dari luar negara.. tapi boleh la.. lawa juga.. melihat jentera2 yang diubah suai untuk show.. so bergambar la sikit2...
Saturday, December 4, 2010
Monday, November 15, 2010
ulu bendul 2010
15 Nov 2010, tak tahu apa yang hendak dilakukan di rumah, akhirnya kami bercadang untuk pergi ke hutan lipur ULU BENDUL.. mandi sungai.. kami berlima, aku, sabri, ejat, epul dan razi.. cadangan untuk mendaki gunung ANGSI.. tetapi hajat untuk mendaki tak kesampaian.. sebabnya tak dapat kebenaran dari ranger hutan.. kata nya dah lewat.. takut terjadi keadaan yang tak diingini.. kalau nak naik juga.. kena naik sebelum jam 9 pagi.. jadi.. kami sekadar bermain di pinggiran iaitu... TERJUN SUNGAI !!!!
letak beg dulu..
nampak cetek.. tapi bila terjun.. aku yang galah pun tenggelam..
hijau bumi tuhan.. relax.. sejuk.. tenang..
apa benda yang nak di makan ??
aktivti memasak..
siap.. santapan.. nasi + telur + sardin + air milo + sumi
ejat dan topi yang tidak dapat dipisahkan..
perenang dan topinya.. hebat..
BUNSHINN NO JUTSU !!!
......................????????
yang penting gaya.. dari kiri baju askar.. sabri, aku, epul, razi, ejat..
lepas ni.. kalau ada rezeki.. dan kalau ada masa.. cadangan setakat ini.. mendaki gunung.. gunung apa? belum ditentukan lagi.. mudah-mudahan jadi.. amin...
Saturday, October 23, 2010
Kisah Pak Pandir
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”
Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”
“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pak pandir ingin pergi ke kedai untuk membeli tv warna..
pak pandir: awak ada jual tv warna?
penjual: ada.
pak pandir: kasi saya tv warna hijau.....
Friday, October 22, 2010
Fiqh Fatwa Student, (tlc4), semester 7
Bila la nak dapat segulung ijazah ni.. terasa macam lama pulak.. sem ini merupakan sem yang terakhir untuk kami bertungkus lumus memerah tenaga dan otak menyiapkan segala macam assignment dan tesis seta final exam. Selepas final exam, masing-masing pulang ke kampung halaman untuk melepaskan rindu pada keluarga di samping meneruskan lagi satu kewajipan universiti iaitu Latihan Industri. aduyai... So, di kesempatan ini, disebabkan masing2 dah pulang ke kempung halaman, kami berhimpun bersama untuk bergambar..
Bersama Ustaz Irwan (baju putih-duduk di tengah) di dalam kelas Idarah Fatwa, banyak pengalaman ustaz Irwan ni.. mudah dan sempoi.. betul2 tabik.. haha
Sesi bergambar di FEM, fakulti ekonomi muamalat.. untuk lelaki, semua kot pinjam kecuali sorang.. sape dia??? hehehe
haha.. bujet2 konon nya nak buat nom 1.. tapi last2.. huruf J pun ade, anda fikir la sendiri..
samarinda.. 8.30pm.. di tv 3..
ikhwat punye idea.. yg lelaki follow je.. lawa gak.. ini sahaja gambar yang ada.. apa2 pun LET BEST MEMORIES BRING US TO HAPPINESS (motto dalam album)
Saturday, May 1, 2010
GELAK-GELAK
cerita2 untuk semua... relakskan hati... tenangkan minda... n senyumm....
LAWAK 1:
Pada satu petang, si ibu membawa anaknya berusia 4 thn bersiar2 menaiki kereta. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
ANAK: nape ibu bunyikan hon & saper org tu?
IBU: Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dalam perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
ANAK: itu pun sedara kita ke????
LAWAK 2:
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
BUDAK: derma apa bang?
LELAKI: derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
BUDAK: nanti jap, sy ambilkan atuk saya...
LELAKI: ???????????
LAWAK 3:
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
FARID: mengapa???
SITI: Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
FARID: Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
SITI: errkkk..... benci....
SAJE SUKA-SUKA.... HAHA
1. Alang-alang mandi biar guna sabun.
2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.
3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Biar lambat asalkan lembab.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.
10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gu
11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.
12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
14. Habis madu sepah dikitar semula.
15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.
16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
19. Hidup segan mati ditanam.
20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.
2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.
3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Biar lambat asalkan lembab.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.
10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gu
11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.
12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.
14. Habis madu sepah dikitar semula.
15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.
16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.
17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong
19. Hidup segan mati ditanam.
20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.
Subscribe to:
Comments (Atom)















