Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts

Monday, July 4, 2011

sekadar coretan..



Disaat gelap menyelubungi..
kesejukan kian terasa..
menitislah embun-embun membasahi..
..........


Saturday, July 2, 2011

Datang kembali..


Sudah sekian lama aku tidak menjenguk blog ini.. sudah bersawang rupanya.. ape-ape pun.. status terkini dari aku.. 

tamat latihan industri (prakikal di PAID)
sementara tunggu ijazah ni.. aku mengajar di sar kafa ibnu sina..
mencari pengalaman bekerja..
itu sahaja..

insya Allah kalau rajin, aku update ini blog... hahaha

Friday, March 25, 2011

Ruang Hati


Orang kata " Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati kita tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. 

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. 

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


Monday, February 7, 2011

KRISIS MESIR


Segala informasi melibatkan pelajar Malaysia di Mesir boleh dilihat di sini..


Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang di sana selamat daripada ancaman bahaya banduan yang terlepas dan rusuhan yang berlaku di sana. Mudahan pelajar dan rakyat kita di sana dijaga dalam keadaan baik dan selamat dibawa pulang ke tanah air.. cepat Kerajaan Malayisa !!!!

.......................................................

p/s: risau dengan keadaan si dia yang berada di sana.. tak tidur lena memikirkan keadaan dia.. sentiasa dalam kerisauan.. huhu.. :(  hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah.. semoga semuanya dalam keadaan baik.. 

Friday, January 14, 2011

bagiku tentang kebahagiaan




Kebahagiaan bukan untuk di cari..
Dan tak salah untuk mencari kebahagiaan..
Namun..
Apabila kita bersyukur dengan apa yang diterima..
Itulah KEBAHAGIAAN yang sesungguhnya..






Tuesday, January 11, 2011

Seminggu berlalu-- LATIHAN INDUSTRI


3hb Januari 2011.. aku lapor diri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk latihan industri atau pun dengan bahasa biasa nya "Praktikal".. Mula-mula aku rasa agak kekok.. kaku.. termangu-mangu.. melopong-lopong.. blur.. tapi alhamdulillah makin hari aku dapat membiasakan diri.. maklumlah.. orang baru.. praktikal pulak tu.. huhu.. tapi ape-ape pun.. banyak la benda baru yang aku belajar dan akan belajar tentang pentadbiran institusi dan situasi sebenar dalam alam pekerjaan..

Dan setiap hari terpaksalah mendisplinkan diri untuk bangun awal.. masuk kerja 8am.. balik kul 5pm.. penat yang amat.. dan itu lah yang berlaku setiap hari sehinggalah pertengahan bulan 5.. *_*

  ......................................

Sunday, December 5, 2010

Auto Show di Putrajaya

5 DEC 2010.. boring teramat sangat.. kepala serabut.. walaupun dah habis exam.. bertiga.. aku, ejat dan mer.. pergi ke putrajaya.. auto show.. walaupun tak banyak kereta dari luar negara.. tapi boleh la.. lawa juga.. melihat jentera2 yang diubah suai untuk show.. so bergambar la sikit2...






Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha di Kampung

17 Nov 2010.. Sambutan Aidil Adha di Kampung Batu Satu.. 2 ekor lembu sahaja dikorbankan di kampung ini.. suasana agak meriah.. satu kampung turun untuk meraikan nya.. termasuk aku.. sebenarnya banyak lagi gambar tapi aku pilih yang ada muka aku je... hehe

 satu dah tumbang..

 aktiviti melapah...

 kulit da tanggal...

 rusuk lembu... berat woo... mau 40 ke 50 kilo ni..

 sekadar pandang...

 ade teknik tu nak lapah.. bukan main sebat je..

 aktiviti potong kaki.. hehe..

potong2 dan agihkan kepada penduduk kampung... selesai aktiviti korban pada jam 4 pm.. memang penat.. tapi tak pe.. pengalaman.. belajar.. mana tau satu hari nti.. aku plak yang menyembelih lembu.. so.. kena ambil peluang untuk belajar teknik2 menyembelih dan melapah lembu... kena ada teknik tu.. bukan macam sembelih ayam.. apa2 pun.. SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA... 

Monday, November 15, 2010

ulu bendul 2010

15 Nov 2010, tak tahu apa yang hendak dilakukan di rumah, akhirnya kami bercadang untuk pergi ke hutan lipur ULU BENDUL.. mandi sungai.. kami berlima, aku, sabri, ejat, epul dan razi.. cadangan untuk mendaki gunung ANGSI.. tetapi hajat untuk mendaki tak kesampaian.. sebabnya tak dapat kebenaran dari ranger hutan.. kata nya dah lewat.. takut terjadi keadaan yang tak diingini..  kalau nak naik juga.. kena naik sebelum jam 9 pagi.. jadi.. kami sekadar bermain di pinggiran iaitu... TERJUN SUNGAI !!!!

letak beg dulu..

nampak cetek.. tapi bila terjun.. aku yang galah pun tenggelam..

hijau bumi tuhan.. relax.. sejuk.. tenang..

apa benda yang nak di makan ??

aktivti memasak..

siap.. santapan.. nasi + telur + sardin + air milo + sumi

ejat dan topi yang tidak dapat dipisahkan..

perenang dan topinya.. hebat..

BUNSHINN NO JUTSU !!!

......................????????

yang penting gaya.. dari kiri baju askar.. sabri, aku, epul, razi, ejat..
lepas ni.. kalau ada rezeki.. dan kalau ada masa.. cadangan setakat ini.. mendaki gunung.. gunung apa? belum ditentukan lagi.. mudah-mudahan jadi.. amin... 

Wednesday, November 10, 2010

Jadual final Exam

Assalamualaikum... ini lah jadual untuk final segala final exam selama berada di USIM ni.. harap2 tak berulang lagi peristiwa lepas.. nak exam.. eksiden pulak.. dah eksiden.. patah tangan pulak tu... tangan apa.. tangan kanan... mintak2 jauh kan perkara camtu... huhuhu... 

jadual exam



Sunday, October 31, 2010

Alahai tesis...


tesis punya penangan.. tinggal kurang seminggu je ni... 8hb nov submit.. tabahkan hati... pening wooo... 


Friday, October 22, 2010

Fiqh Fatwa Student, (tlc4), semester 7


Bila la nak dapat segulung ijazah ni.. terasa macam lama pulak.. sem ini merupakan sem yang terakhir untuk kami bertungkus lumus memerah tenaga dan otak menyiapkan segala macam assignment dan tesis seta final exam. Selepas final exam, masing-masing pulang ke kampung halaman untuk melepaskan rindu pada keluarga di samping meneruskan lagi satu kewajipan universiti iaitu Latihan Industri. aduyai... So, di kesempatan ini, disebabkan masing2 dah pulang ke kempung halaman, kami berhimpun bersama untuk bergambar..

Bersama Ustaz Irwan (baju putih-duduk di tengah) di dalam kelas Idarah Fatwa, banyak pengalaman ustaz Irwan ni..  mudah dan sempoi.. betul2 tabik.. haha

Sesi bergambar di FEM, fakulti ekonomi muamalat.. untuk lelaki, semua kot pinjam kecuali sorang.. sape dia??? hehehe
haha.. bujet2 konon nya nak buat nom 1.. tapi last2.. huruf J pun ade, anda fikir la sendiri..


samarinda.. 8.30pm.. di tv 3..


ikhwat punye idea.. yg lelaki follow je.. lawa gak.. ini sahaja gambar yang ada.. apa2 pun LET BEST MEMORIES BRING US TO HAPPINESS (motto dalam album)

 

Wednesday, August 25, 2010

keperitan.. kesedihan..

Sebulan telah berlalu.. dia masih dalam kesakitan.. terasa sedih dan pilu nasib yang dialami nya.. terkenang kembali zaman-zaman aku dan dia bersama-sama.. bersama nya lah aku dapat merasai kegembiraan.. bersama dialah aku dapat mengenali erti pengalaman.. aku sangat menyayangi dia.. apa sahaja yang di minta, aku usahakan, aku cari, aku belikan segala apa yang di minta.. aku tak kisah, janji dia gembira dan sihat.. walaupun kadang-kadang dia merajuk atau pun sakit, aku tabah, aku cekal.. aku cari ubat.. aku sanggup lakukan apa sahaja yang membuatkan dia kembali normal..

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadhan


Selamat menyambut bulan ramadhan kepada yang tersayang, sia dia yang amat ku sayangi rindui selalu :) hehehe dan kawan2 semua yg mengenali diri ini. Harapan ramadhan dari Man Bai, satu lagu yg membuat kan aku rasa rindu terhadap bulan yg mulia ini. indahnya ramadhan untuk dihayati dan mengharapkan kesempurnaan. ramadhan yg di nanti2 kan, bulan yang penuh keberkatan.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

marilah kita beratkan buku amalan kita dengan beribadat sebanyak2nya pada bulan yg mulia. begitu indahnya ramadhan tuk dihayati.  haparan aku dari bulan ni, harapkan supaya aku tabah dalam menyempurnakan puasaku, mudah-mudahan, aku dapat mengisi bulan ini dengan ibadah-ibadah dan juga pahala. Amin...

Thursday, August 5, 2010

MOTOR OHHH MOTOR.... redha je la..

SELASA, 3hb 8... highway plus, USJ, kejadian yang agak memilukan berlaku, dalam kelajuan yang munasabah, tak laju pun, lepas memotong lori, moto menjadi berat dan kedengaran bunyi POPPP!!!! bunyi seakan rantai putus, moto aku mati dan berhenti di tepi jalan, "pahal pulak moto aku ni" berkata dalam hati. Minyak hitam mengalir dari motor dan aku mencari punca dari mana ia keluar.. aku cari2 dan YA ALLAH, enjin aku pecah... huhu.. thanks kepada wasi, wazir, ibin, madi dan ijat kerana menunda motor aku dari USJ ke nilai.. esok nya aku pun bukak moto dan check apa yang rosak..





bahagian atas, kulit enjin dan kulit blok pecah, bahagian bawah pun pecah pecah juga..




















pandangan block dari atas.. nampak lawa, x nampak kritikal sangat.. 








Thursday, July 29, 2010

cherating dan kemaman mari !!!!



setelah kian lama merancang, akhirnya berjaya la juga.. selesai sudah ride to cherating, walaupun pada asal nya bujet dalam 15 orang, tapi yang pergi 6 orang sahaja, jadi la kan.. dari tak ada.. walaupun sikit, semangat untuk ride tetap ade dan kami pun teruskan.. gambar di atas sebelum bertolak pada jam lebih kurang 12 am.. bacaan doa oleh IMAM MEWARDI bakal mufti.. heheh.. walaupun 6 orang.. banyak aktiviti yang kami lakukan, berikut adalah gambar gelagat2 kami sepanjang percutian....


sejuk giler dalam perjalanan, menempuh kabus2 yang agak tebal.. nasib baik la kami semua handal dalam handling motor.. hehe.. thanks to Allah sebab sumenye berjalan dengan lancar.


lebih kurang dalam pukul 6.30 am kami sampai ke cherating, disebab kan tak tahu di manakah terletak nya chalet kami, kami singgah surau dulu untuk menunaikan kewajipan kami sebagai orang islam.

Friday, June 11, 2010

terima kasih abi...


Sejak 2006 lagi rasa nya aku stat jadi fasi ni, macam-macam orang da aku jumpa, macam-macam kerenah, tapi apa-apa pun ini semua satu pengalaman yang mengajar diri kita jadi orang, bila lagi kita nak berdakwah kan? bila lagi kita jenguk adik-adik kita semua yang kat luar sana yang hampir-hampir jadi mat rempit, yang tak ada hala tuju. so, masa ini lah lah aku nak dekati mereka, tegur mereka, selami perasaan mereka. walaupun tak 100% aku dapat ubah mereka, 0.001% pun jadilah...aku dulu pun nakal juga, ke sana sini, dah merasai perasaan jadi remaja, memang kuat memberontak, asyik-asyik nak melawan cakap orang.. aku tak nak benda-benda yang aku alami dulu ulang kembali pada adik-adik aku.. memang bahaya...


Banyak lagi gambar-gambar aku masa program, nak bubuh banyak2, tak larat.. huhu.. memang seronok, dapat jumpa orang, kawan-kawan baru, macam-macam lagi la...

                                                        bersama kawan-kawan..

                                                     sebahagian peserta..

bos aku duduk kat tengah-tengah tu, pakai kot.. terima kasih kerana masih lagi memberi kepercayaan pada aku untuk menyertai program nya, dan juga kawan-kawan yang sentiasa membantu, ukhwah yang terjalin tiada akhirnya... SYUKRON!!!!!!!!!