Monday, August 30, 2010

merdeka ohh merdeka..


Assalamualaikum semua... hari ni 31 ogos 2010.. genap 53 tahun Malaysia merdeka.. betul ke? ntah la.. ape2 pun, kita patut bersyukur kerana kita hidup di bumi Malaysia ni dengan aman damai.. tak terbalas budi jasa mereka yang telah memperjuangkan hak-hak rakyat dari kekejaman penjajah dan tanpa mereka, kita semua tidak akan merasai kesenangan sehingga hari ini..

Tetapi apa yang kita semua lihat sekarang.. generasi sekarang telah dijajah semula dengan budaya ''jahiliyyah'', budaya yang tak sihat, di mana seks bebas, pergaulan lelaki dan perempuan, pembuangan bayi seolah-olah menjadi budaya yang baru di dalam masyarakat kita.. lebih menyedihkan lagi kepada mereka yang beragama Islam...

Kita sering berkata Malaysia sebuah negara yang semakin maju dan membangun, tetapi  hakikatnya makin mundur ke belakang.. akibat daripada teknologi yang semakin canggih.. membawa kepada budaya kuning dari barat yang berlandaskan hidup bebas bersosial tanpa sempadan.. akhirnya menjadi ikutan kepada anak-anak muda yang mudah terpesong akidahnya.. di tambah pula dengan kurang pengawasan daripada ibu bapa..

Sampai bila kita hendak terpekik, melaungkan "merdeka" detik 12 malam 31 ogos setiap tahun sekiranya perkara jijik ini terus berlaku.. sampai bila?? sampai di landa taufan atau tsunami baru nak sedar??? renung2 kan..


2 comments:

  1. klw brlaku tsunami lgi skali pun blm tntu mnusia sedar. tsunami yg dlu tu pun, brapa kerat yang mgambil pgajarn dan iktibar?

    ReplyDelete